Saturday, November 22, 2008

Cara mengesan virus brontok...

Melalui Regedit

Click Start -> Run -> taipkan Regedit di kotak putih itu kemudian

tekan enter.

Jika komputer anda terpapar seperti rajah di bawah atau terpapar mesej

"Registry editing has been disabled by your administrator". Komputer anda mungkin telah dijangkiti !!

Melalui CMD (Command Prompt)

Click Start -> Run -> taipkan cmd di kotak putih itu kemudian

tekan enter.

Kemudian setelah gambarajah di bawah berikut terpapar, taipkan test dan tekan enter. Jika komputer anda atau kawan anda restart secara automatik, ini bermaksud mungkin komputer anda atau kawan anda masih ada lagi virus brontok !!!

Kesan Virus Brontok dalam sistem:

- Membuat komputer anda jadi lembap dari kebiasaannya.

- Registry tidak boleh diakses.

- Cmd tidak boleh diakses.

- Sesetengah antivirus tidak dapat berfungsi dengan baik.

- Anda akan kehilangan banyak ruangan cakera keras (HARDISK) anda dipenuhi dengan virus brontok.

- Cakera keras (HARDISK) anda mungkin akan rosak jika anda lambat bertindak ! Kerana virus brontok ini akan menyebabkan salah satu partition anda gagal dicapai pada bila-bila masa sahaja !


No comments: